Soalan Lazim (FAQs)

1️⃣ Apakah perkhidmatan yang anda tawarkan?

Jawapan:
Kami menawarkan:

  • Reka bentuk dan pembinaan landskap

  • Pemasangan pokok & rumput karpet

  • Pemotongan dan penyelenggaraan rumput

  • Kawalan seranggan dan haiwan perosak taman

2️⃣ Di mana kawasan perkhidmatan anda?

Jawapan:
Kami beroperasi di Johor dan Perak, termasuk:

  • Johor: Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang, Pontian

  • Perak: Ipoh, Taiping, Manjung, Batu Gajah, Kuala Kangsar
    Jika anda berada di luar kawasan ini, sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

3️⃣ Adakah anda menyediakan perkhidmatan reka bentuk landskap?

Jawapan:
Ya, kami boleh menyediakan perkhidmatan reka bentuk landskap sahaja jika anda ingin mendapatkan pelan landskap tanpa pemasangan.

4️⃣ Berapa anggaran kos untuk projek landskap?

Jawapan:
Kos projek bergantung kepada saiz kawasan, konsep rekaan, serta jenis bahan dan pokok yang digunakan. Hubungi kami untuk sebut harga percuma berdasarkan keperluan anda.

5️⃣ Berapa lama tempoh siap untuk projek landskap?

Jawapan:
Tempoh siap projek bergantung kepada skala dan kerumitan.

  • Projek kecil: 1 – 2 minggu

  • Projek besar: Lebih daripada 2 minggu
    Kami akan memberi jadual anggaran masa setelah lawatan tapak dilakukan.

6️⃣ Adakah anda menyediakan lawatan tapak sebelum memberi sebut harga?

Jawapan:
Ya, kami menawarkan lawatan tapak untuk memahami keperluan anda sebelum memberikan sebut harga yang tepat.

7️⃣ Bolehkah saya memilih konsep landskap sendiri?

Jawapan:
Sudah tentu! Kami menyediakan pelbagai konsep landskap seperti:

  • Tropika

  • Moden

  • Minimalis

  • Zen

  • Taman Inggeris
    Kami juga terbuka dengan idea unik daripada anda!

9️⃣ Apakah jenis rumput yang anda tawarkan?

Jawapan:
Kami menyediakan beberapa jenis rumput, termasuk:

  • Rumput Karpet (lembut, sesuai untuk halaman rumah)

  • Cow Grass (lebih tahan lasak, sesuai untuk kawasan besar)

  • Philippine Grass (cantik dan mudah diselenggara)

🔟 Bagaimana dengan kaedah pembayaran?

Jawapan:
Sekiranya anda bersetuju dengan sebutharga kami, anda perlu membayar deposit sebanyak 50% daripada nilai keseluruhan projek. Bakinya perlu dibayar di dalam masa 3 hari selepas projek disempurnakan.